Cari @ Amanz

Pencarian gajet boleh dikatakan kadang-kala salah satu perkara yang mencabar, terutamanya jikalau anda ingin mendapatkan suatu jenama khusus. Saya sendiri kadang-kala menghadapi cabaran untuk mendapatkan sesuatu jenama daripada kedai-kedai berdekatan dengan rumah saya. Kadang-kala  memerlukan saya pergi ke suatu lokasi yang jauh untuk mendapatkannya seperti di kompleks membeli-belah, atau kedai-kedai khusus.

Untuk mengatasi masalah ini, salah satu platform yang sangat membantu adalah Shopee. Menggunakan Shopee kita boleh membuat pelbagai carian gajet, dan mendapatkan ia pada harga yang sangat kompetitif. Kadang-kala, carian saya seperti untuk telefon terkini sering memperlihatkan keputusan dengan harga yang lebih rendah pada Shopee berbanding pada kedai-kedai berdekatan dengan rumah saya.

Shopee

Selain daripada gajet terkini di pasaran, apa yang menariknya di Shopee ialah ia turut menawarkan penawaran gajet-gajet bernostalgia. Ia sering disediakan oleh para penjual dalam Shopee – dan anda boleh mencari pelbagai gajet seperti Nokia 3310, NGAGE dan sebagainya. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Shopee

Dengan harga yang berpatutan dan murah berbanding beberapa platform lain dan kedai jualan fizikal, Shopee juga menjadi pilihan untuk pelbagai gajet mudah-alih lain seperti jam tangan pintar, tablet, komputer riba, malah apa sahaja peranti elektronik yang anda cari.

Menariknya, untuk tempoh antara 21 hingga 28 Februari 2017 ini, pengguna boleh mendapatkan peranti mudah-alih pada harga yang lebih kompetitif melalui promosi 8 Hari Mobile Madness.

Shopee

Pengguna boleh mendapatkan telefon pintar serendah RM150, dan diskaun sehingga 50% untuk gajet mudah-alih yang lain di Shopee.

Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan sebagainya, boleh melayari laman Shopee hari ini, dan mendapatkan gajet pada harga sangat rendah berbanding beberapa platform lain.

Dan khas untuk para pembaca Amanz, nikmati diskaun sebanyak RM20 tanpa sebarang perbelanjaan minimum. Anda hanya perlu memasukkan kod AMANZ ketika check-out di Shopee ketika membeli.

Shopee

Kod AMANZ boleh digunakan hanya sekali untuk koleksi barangan terpilih Shopee, dan sah sehingga 28 Februari 2017, 11.59 malam. Sah melalui pembayaran menggunakan Shopee Guarantee sahaja. Penebusan kod adalah terhad, dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain daripada itu, bagi anda yang baru sahaja menggunakan Shopee, boleh menggunakan kod khas AMANZNEW untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10.

Kod AMANZNEW hanya untuk pengguna baru sahaja, dan sah sehingga 9 Mac 2017. Sah untuk pembelian minima RM30. Tidak sah untuk pembelian tiket, baucar, tambah-nilai dan pembayaran bil. Sah untuk pembayaran menggunakan Shopee Guarantee sahaja. Penebusan kod adalah terhad, dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda juga berpeluang memenangi 8 unit telefon pintar dari Shopee dengan menyertai pertandingan Crack The Code melalui laman rasmi Facebook Shopee.

Shopee

Penafian : Ini adalah advertorial berbayar daripada Shopee Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd