Samsung Pay Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Samsung Pay Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

Sistem pembayaran Samsung Pay akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia selepas memulakan ujian Beta sejak Oktober tahun lalu. Melalui Samsung Pay, kad kredit fizikal Mastercard atau Visa boleh digantikan dengan peranti pintar di tangan pengguna. Malaysia ialah negara ke-11 yang menyokong sistem pembayaran ini di dunia.

Samsung PayBank yang menyokong Samsung Pay bermula hari ini ialah Maybank, CIMB, Citibank dan Standard Chartered. Sokongan dari Hong Leong Bank akan hadir dalam masa terdekat. Kesemua bank yang disenaraikan menyokong penggunaan kad kredit. Cuma Maybank yang menyokong kad debit dan pra-bayar buat masa ini. Samsung mengesahkan pihak mereka sedang berusaha mendapatkan sokongan kad kredit, debit dan pra-bayar dari bank-bank lain. Jumlah bank yang menyokong Samsung Pay juga akan bertambah mulai hari ini.

Samsung Pay buat masa ini hanya hanya disokong oleh beberapa peranti tertentu keluaran Samsung iaitu Galaxy S7, S7 Edge, S6 Edge+, Note 5, Galaxy A5 (2016,2017) dan Galaxy A7 (2016,2017). Kepada pemilik jam tangan pintar Gear S3, Samsung mempunyai rancangan untuk menyokong Samsung Pay untuk peranti ini di Malaysia. Buat masa ini ia telahpun diaktifkan di beberapa pasaran lain di dunia.


TIPS & ULASAN