Google Allo telah diperkenalkan pada tahun lepas, dimana ia merupakan sebuah aplikasi permesejan yang membolehkan pengguna menghantar mesej seperti biasa, disamping turut hadir dengan sokongan integrasi pembantu digital pintar Google Assistant.
Terkini, salah seorang eksekutif di Google berkongsi, memperlihatkan Google Allo bakal hadir ke desktop tidak lama lagi. Ia dikatakan masih pada peringkat pembangunan – dan dilihat akan beroperasi melalui desktop.
Secara kasar, antaramukanya menyerupai WhatsApp Web, tetapi seperti pada peranti mudah-alih, Google Allo di web ini turut menawarkan integrasi Google Assistant dalam menjadikan komunikasi dan pencarian info lebih mudah.
Tiada tarikh yang diberikan buat masa ini. Mungkinkah kita akan mendengarnya pada Google I/O pada pertengahan tahun kelak?