Facebook Akan Memperlihatkan Iklan Pada Pertengahan Video – Termasuk Video Siaran Langsung

Facebook Akan Memperlihatkan Iklan Pada Pertengahan Video – Termasuk Video Siaran Langsung

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

Facebook sebelum ini sedia menekankan yang mana mereka akan lebih memfokuskan kepada arena video. Perkara ini sekaligus secara tidak langsung membolehkan Facebook menarik perbelanjaan pengiklanan dari televisyen ke platform mereka.

Berkongsi lanjut mengenainya hari ini, Facebook mengatakan mereka akan mula memperlihatkan iklan pada pertengahan video, dan berkongsi pendapatan bersama para penerbit kandungan.

Selain daripada paparan iklan pada video biasa, Facebook juga mengumumkan mereka sedang memperluaskan fungsi Ad Breaks untuk video siaran langsung. Melaluinya, ketika membuat penstriman video langsung mencapai sekitar 300 penonton pada sesuatu masa, Facebook akan memaparkan butang untuk berehat, dan iklan selama 20 saat akan dimainkan.

Facebook Live Adbreak

Buat masa ini, kedua-dua perubahan ini adalah untuk pasaran Amerika Syarikat – dan tidak mustahil kita melihat Facebook memperluaskannya ke seluruh dunia pada tahun ini.


TIPS & ULASAN