Oppo R9s Plus Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Mac Ini

Oppo R9s Plus Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

Peranti keluarga R9 Oppo mendominasi pasaran China tahun lalu sehingga berjaya menolak iPhone sebagai peranti terpopular di negara itu sepanjang 2016. Di Malaysia Oppo R9s Plus telah disahkan akan dilancarkan pada 1 Mac hadapan.

Peranti ini dilengkapi skrin 6″ HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 653, RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan sebesar 64 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/1.7 dengan sokongan OIS dipadankan dengan kamera selfie 16-Megapixel f/2.0. Bateri sebesar 4000 mAh membekalkan tenaga dengan sokongan sistem pengecasan pantas VOOC. Ini menjadikan Oppo R9s Plus peranti pesaing kepada Samsung C9 Pro yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia minggu ini.


TIPS & ULASAN