LG X power2 Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Bateri Gergasi
LG

LG X power2 Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Bateri Gergasi

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

LG melancarkan peranti kelas permulaan mereka LG X power 2 hari ini. Ia dilengkapi skrin 5.5″ HD, pemproses lapan teras, RAM 1.5/2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Bagi yang memerlukan storan tambahan, kad MikroSD sehigga 2 Terbayte disokong oleh peranti ini.

Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamera 12-Megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 5-Megapixel dengan sokongan flash. Bateri sebesar 4500 mAh disertakan dan menurut LG mampu memberikan ketahanan sehingga dua hari. Sokongan pengecasan pantas membolehkan bateri yang agak besar ini dicas dalam masa sejam. LG X power2 akan diperlihatkan di MWC dan memasuki pasaran Amerika Selatan terlebih dahulu bukan hadapan sebelum ke pasaran lain dunia. Tiada harga diumumkan setakat ini.


TIPS & ULASAN