Cari @ Amanz

Umum diketahui Samsung Galaxy S8 tidak akan dilancarkan di MWC tahun ini. Sebaliknya ia ditangguhkan ke tarikh yang lain bagi memastikan keselamatan peranti sebelum dijual kepada umum. Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa kedua-dua model Galaxy S8 akan dilancarkan pada 29 Mac hadapan di New York.

Samsung Galaxy S8 Tertiris

Laman ET News mengatakan Samsung Galaxy S8 akan dilancarkan serentak di kesemua pasaran dunia pada 21 April. Mereka memetik sumber dari seorang pegawai tinggi syarikat telekomunikasi Korea Selatan. Sebelum ini Korea Selatan akan menerima peranti seminggu lebih awal berbanding pasaran lain di dunia. Bagi peminat Samsung yang mahukan peranti terkini mereka, pelancaran secara serentak ini pastinya dialu-alukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd