Cooler Master Memperkenalkan Penyejuk CPU MasterLiquid 120 Dan 240 Berprofil Rendah

Cooler Master Memperkenalkan Penyejuk CPU MasterLiquid 120 Dan 240 Berprofil Rendah

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

AMD dan Intel telah sedia mengumumkan dan memperkenalkan CPU terbaru mereka, termasuklah AMD Ryzen 7 dan juga Intel Kaby Lake. Untuk mendapatkan prestasi yang terbaik daripada cip-cip pemprosesan ini, anda semestinya perlu melengkapkan sistem anda dengan menggunakan penyejuk CPU yang terbaik. Untuknya, kini Cooler Master hadir dengan penawaran mereka tersendiri yang terbaru.

Cooler Master MasterLiquid 120 dan 240 ini menggunakan pam Dual Chamber berprofil rendah, sesuai untuk mereka yang ingin menggunakan penyejuk CPU cecair untuk binaan komputer yang kecil, (mahupun besar) kerana pamnya yang bersaiz kecil. Satu-satunya perbezaan ketara di antara kedua-dua model ini ialah LiquidMaster 120 mempunyai radiator bersaiz 120mm, manakala LiquidMaster 240 menggunakan radiator bersaiz 240mm.

Kedua-dua penyejuk ini juga menggunakan teknologi Push Pull dengan kipas MasterFan AirBalance, yang bukan sahaja dapat membantu mengalihkan haba dengan cekap, malah mempunyai jangka hayat purata yan sangat panjang – sekitar 160000 jam.

Dalam pada itu, Cooler Master juga menyatakan bahawa penyejuk CPU MasterLiquid 120 dah 240 ini mampu menyokong kedua-dua soket baru dari AMD dan Intel. Maka, sekiranya anda ingin membina komputer baru menggunakan cip AMD Ryzen ataupun Intel Kaby Lake, anda boleh melakukannya tanpa rasa was-was.

Menurut Cooler Master, kedua-dua penyejuk Cooler Master LiquidMaster 120 dan 240 ini akan hadir dengan tanda harga 69.90 Euro (~RM330) dan 79.90 Euro (~RM376).


TIPS & ULASAN