Gambar Samsung Galaxy Tab S3 Tertiris Dengan Stylus S-Pen Bersaiz Besar

Gambar Samsung Galaxy Tab S3 Tertiris Dengan Stylus S-Pen Bersaiz Besar

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

Rekaan Samsung Galaxy Tab S3 telah beberapa kali tertiris. Tetapi gambar terkini yang tertiris hari ini membawakan beberapa kelainan kerana akhirnya menunjukkan saiz stylus S-Pen yang bersaiz lebih besar berbanding biasa.

S-Pen Tab S3 ini juga mempunyai cangkuk besi pada bahagian hujung. Ini juga tidak pernah dilihat pada beberapa tablet Galaxy Note yang dilancarkan sebelum ini. Kali terakhir Samsung menyertakan S-Pen yang bersaiz besar seperti ini ialah Tab 3 Kids yang dilancarkan pada tahun 2013.  Dengan S-Pen bersaiz lebih besar, proses melakar akan menjadi lebih selesa berbanding sebelum ini. Samsung Galaxy Tab S3 akan dilancarkan pada ahad ini di MWC. Nantikan pandang pertama peranti ini dari kami kelak.


TIPS & ULASAN