Cari @ Amanz

“Peranti yang tidak akan mati” Nokia 3310 sudahpun mendapat tempat di dalam senarai peranti yang paling terkenal di dunia. Rekaannya yang tahan lasak mencapai tahap legenda di kalangan pemilik peranti mudah alih. Peranti ini akan dikemaskini oleh HMDGlobal dan maklumat mengenainya tertiris.

Nokia 3310 edisi baru bukanlah sebuah peranti pintar tetapi sebuah telefon mudah alih biasa seperti model asal. Rekaan asal akan dikekalkan cuma peranti sedikit lebih nipis kerana teknologi terkini membolehkan komponen dikecilkan. Skrin monokrom akan digantikan dengan skrin berwarna yang lebih besar. Akhir sekali seperti 3310 asal pelbagai pilihan warna akan diberikan dengan menggunakan kerangka luar yang boleh digantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd