Cari @ Amanz

AMD baru sahaja mengumumkan tarikh penjualan CPU aras tertinggi mereka, AMD Ryzen 7, dan pelbagai ujian penanda aras sedia menunjukkan yang mana prestasinya memintas pesaing terdekat mereka, iaitu Intel.

Jika anda ingin menunggu model-model dengan jumlah teras yang lebih rendah dengan harga mampu-milik, anda tidak perlu menunggu terlalu lama, kerana AMD baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual kedua-dua siri CPU tersebut, AMD Ryzen 5 dan AMD Ryzen 3 pada suku kedua tahun ini.

Jurucakap AMD dipetik berkata bahawa CPU siri Ryzen 5 dengan enam teras akan mula dijual sekitar bulan April ke bulan Jun nanti, manakala CPU siri AMD Ryzen 3 dengan empat teras akan mula dijual sekitar selepas bulan Jun kelak.

Jika anda semua sedang menyimpan duit untuk membina sistem AMD Ryzen ini, anda masih mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk memastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli perkakasan yang cukup gempak untuk sistem tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd