Kad Grafik AMD Vega Diperlihatkan – Siri Radeon 500 Mungkin Akan Dijual Sekitar Suku Kedua 2017
AMD

Kad Grafik AMD Vega Diperlihatkan – Siri Radeon 500 Mungkin Akan Dijual Sekitar Suku Kedua 2017

Diterbitkan pada Feb 26, 2017 oleh .

Sedang industri pembina PC gembar-gembur dengan pelancaran CPU AMD Ryzen, syarikat tersebut menunggang ombak tersebut dengan menunjukkan cipset grafik terbaru mereka, AMD Vega di acara pelancaran Ryzen mereka baru-baru ini.

Cipset grafik tersebut, yang dijangka bakal diumumkan pada acara Capsaicin & Cream pada minggu hadapan, dilihat bakal menggunakan kabel 6-pin dan 8-pin untuk mengaktifkan kad grafik tersebut.

Cipset Vega ini menggunakan proses 14nm, dengan teknologi memori terbaru HBM2.0. Di acara pelancaran AMD Ryzen tersebut, AMD juga menunjukkan kebolehan sistem PC AMD yang dibina dengan CPU Ryzen dan GPU Vega,

Binaan tersebut, yang menggunakan AMD R7-1700X dan kad grafik siri Radeon 500, memperlihatkan framerate pasca 60fps pada permainan video Star Wars: Battlefront pada resolusi 4K.

Berdasarkan informasi ini, nampaknya AMD bakal memberi Intel dan NVIDIA saingan yang sangat hebat pada masa yang terdekat.


TIPS & ULASAN