Cari @ Amanz

Dua peranti Outkitel mula dijual secara rasmi di Malaysia semalam. Outikel C3 dan C5 Pro adalah peranti kelas permulaan yang dijual pada harga yang amat mampu milik. Oukitel C5 Pro ialah peranti yang mempunyai skrin 5″ HD tahan hentakan yang diuji menggunakan tukul. Ia diperkasakan pemproses MediaTek MT6737, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte.

Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 8-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Bateri sebesar 2000 mAH digunakan pada peranti yang menggunakan Android Marshmallow ini. Outkitel C5 Pro dijual pada harga RM 399 sebuah.

Oukitel C3 juga dilengkapi skrin 5″ HD, diperkasakan pemproses Mediatek MT6580A. RAM sebesar 1 Gigabyte dan storan 8 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel digabungkan dengan kamera hadapan 2-Megapixel. Seperti C5 Pro, C3 juga dilengkapi bateri sebesar 2000 mAh. Peranti ini dijual pada harga RM 299 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd