Cari @ Amanz

Kayu selfie semakin berkurangan kepopularannya kerana mula diharamkan dari digunakan di kawasan awam. Yang semakin meningkat popular sekarang ialah melakukan penstriman media sosial secara langsung menggunakan Instagram dan Facebook. Menyedari hakikat ini Xiaomi Mi Selfie Stick Tripod dilancarkan.

Kayu selfie ini boleh berfungsi sebagai kayu narsis biasa tetapi pada waktu yang sama boleh berubah menjadi sebuah tripod. Terdapat alat pengawal Bluetooth terbina bagi memudahkan kawalan dari jarak jauh. Ia boleh di gunakan peranti yang menggunakan sekurang-kurangnya Android atau iOS 5.0. Harga jualan sebatang Xiaomi Mi Selfie Stick Tripod ialah RM 89 (~RM 58).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd