Cari @ Amanz

WhatsApp baru-baru ini telah memperkenalkan fungsi WhatsApp Status yang membuatkan pengguna boleh berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Walaupun fungsi seumpama ini mungkin ada peminatnya tersendiri, tetapi tidak kurang juga pengguna WhatsApp yang merindui fungsi Status yang lama.

Bagi anda yang tidak ingat, pada fungsi Status sebelum ini, pengguna boleh menetapkan status berbentuk teks pada profil mereka, dan ia akan dipaparkan dibawah nama anda dalam senarai buku alamat di WhatsApp. Ramai yang menyukainya, memandangkan boleh memberitahu sesuatu perkara – seperti berada di luar kawasan dan sebagainya dengan mudah.

Kini, desas-desus baru kedengaran yang mana WhatsApp mungkin akan mengembalikan fungsi ini. Berbanding nama Status sebelum ini, ia dijangka akan dikenali dengan nama “Tagline”.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua secara rasminya. Pihak WhatsApp dilihat sedang mengujinya pada versi beta, memperlihatkan ia mungkin hadir tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd