Carian
Xiaomi Akan Menawarkan Mi Mix Untuk Pasaran Luar China
February 26, 2017 Aman

Xiaomi ketika pengenalan Mi Mix, telah mengatakan yang mana telefon pintar tersebut adalah khusus untuk pasaran China, dan tiada perancangan ketika itu untuk menawarkannya di luar tanah besar berkenaan. Kini, selang beberapa bulan, ia nampaknya telah berubah.

Xiaomi kini mengatakan yang mana mereka akan menawarkan Mi Mix dibeberapa negara terpilih di luar China. Untuk permulaan, mereka telah menyenaraikannya untuk pasaran UAE.

Xiaomi Mi Mix

Bagi yang tidak mengenali akan Mi Mix, ia merupakan salah satu peranti “konsep” daripada Xiaomi yang menawarkan rekaan bingkai sangat nipis – malah membawakan nisbah saiz skrin kepada badan peranti yang sangat besar.

Ia masih menjadi tanda tanya sama ada set rasmi Mi Mix akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak. Apa pun, seperti kita telah dengan sebelum ini, Mi Mix 2 kini dalam pembangunan – dan tidak mustahil Xiaomi ingin menghabiskan stok sedia ada mereka sebelum melancarkan versi baru peranti berkenaan.

Komen