(Ura Ura) Samsung Dikatakan Akan Mengumumkan Sehingga Tiga Tablet Baru Pada MWC

(Ura Ura) Samsung Dikatakan Akan Mengumumkan Sehingga Tiga Tablet Baru Pada MWC

Diterbitkan pada Feb 26, 2017 oleh .

Acara pelancaran peranti-peranti baru Samsung bakal berlangsung pada lewat malam ini. Pelbagai desas-desus mengenai apa yang bakal dilancarkan telah sedia diketahui, dan kini desas-desus baru berkongsi lanjut mengenai apa yang dijangka dilancarkan.

Menurut laporan terbaru, ia dikatakan syarikat teknologi Korea Selatan berkenaan bakal mengumumkan tiga tablet baru, termasuk Samsung Galaxy Tab S3 yang sudah lama diketahui, dan juga sebuah headset Samsung Gear VR yang baru.

Headset Gear VR ini diperkatakan akan mempunyai reka-bentuk yang baharu, dan juga bakal datang dengan pengawal tangan. Dalam pada itu, Samsung juga bakal memperkenalkan peranti-peranti baru yang berasaskan teknologi realiti maya dan AR, melalui Samsung Creative Labs.

Selain daripada itu, desas-desus sebelum ini seperti turut memberikan petanda mungkin Samsung hadir dengan Galaxy Book pada acara MWC 2017 ini.

Nampaknya acara pengumuman Samsung bakal menjadi agak menarik walaupun peranti utamanya, Samsung Galaxy S8 tidak akan hadir di situ. Apa-apa pun, tunggukan laporan kami mengenai peranti-peranti yang bakal mereka umumkan sebentar lagi!


TIPS & ULASAN