Cari @ Amanz

Google baru sahaja mengumumkan bahawa peranti-peranti Android yang menggunakan sistem operasi Marshmallow dan Nougat bakal mendapat sokongan Google Assistant tidak lama lagi.

Google Assistant ialah pembantu maya yang menggunakan kecerdasan buatan untuk melakukan pelbagai perkara, termasuklah memberi anda maklumat tentang pelbagai topik, menempah tempat atau tiket, dan pelbagai lagi. Ini dilakukan dengan hanya perlu bertanya kepada aplikasi tersebut, seperti anda sedang berbual dengan manusia sebenar.

Pada mulanya, Google Assistant ini hanya diberikan kepada peranti siri Google Pixel, tetapi LG baru sahaja mengumumkan bahawa peranti terbarunya, LG G6 bakal mendapatkan sokongan aplikasi ini juga di acara pengumuman LG di MWC 2017.

Dalam masa beberapa minggu ini, aplikasi ini akan dikeluarkan untuk bahasa Inggeris di Amerika, U.K, dan juga Australia.Sokongan bahasa Jerman juga akan diberikan kepada pengguna di Jerman. Sokongan untuk pasaran-pasaran lain akan di keluarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini. Dengan hadirinya Google Asisistant di kesemua peranti Android, alasan untuk memiliki Google Pixel kini semakin berkurangan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd