Huawei Watch 2 Kini Hadir Dengan Sokongan Selular

Huawei Watch 2 Kini Hadir Dengan Sokongan Selular

Diterbitkan pada Feb 26, 2017 oleh .

Bersama-sama pengenalan Huawei P10 dan Huawei P10 Plus, pihak Huawei turut memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka berasaskan kepada Android Wear 2.0, iaitu Huawei Watch 2. Dua variasi diperkenalkan, iaitu Huawei Watch 2 dan juga Huawei Watch 2 Classic.

Huawei Watch 2

Jam tangan pintar baru ini kedua-duanya hadir dengan sokongan rangkaian selular LTE, membolehkan pengguna memasukkan kad-SIM dan menggunakan ia bebas tanpa perlu mengintegrasikannya bersama-sama telefon pintar. Pengguna juga turut boleh memuat-turun aplikasi terus ke jam tangan pintar daripada Google Play Store.

Huawei Watch 2

Jam tangan pintar dengan skrin bulat bersaiz 1.2-inci ini turut menyertakan pelbagai sensor lain, termasuk GPS, NFC dan juga untuk memantau denyutan nadi. Ini secara tidak langsung membolehkan jam tangan pintar ini turut digunakan untuk tujuan kecergasan.

Huawei Watch 2 hadir dengan 4GB storan terbina, membolehkan anda menyimpan sehingga 200 lagu dan mendengarnya ketika sedang melakukan aktiviti kecergasan.

Dari segi masa penggunaan bateri, pada mod hanya memaparkan masa dan memantau langkah perjalanan, Huawei Watch mampu bertahan sehingga 21 hari lamanya, sementara dengan pelbagai sensor diaktifkan, ia mampu bertahan sehingga 2 hari.

Kedua-dua jam tangan pintar ini akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Harga jualan tempatan dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN