Huawei ketika pengenalan Mate 9 tempoh hari, telah memperkenalkan versi khusus hasil kerjasama Porsche Design, iaitu Huawei Mate 9 Porsche Design. Kini, pada acara pelancaran P10 hari ini, Huawei turut mengumumkan yang mana Huawei Watch 2 bakal hadir dalam variasi Porsche Design tidak lama lagi.
Ia dijangka akan mengekalkan ciri-ciri yang sama, tetapi dengan sedikit perbezaan pada rekaan – yang mana membuatkan ia lebih kelihatan premium.
Tarikh pelancaran untuknya masih tidak diketahui lagi. Tidak mustahil untuk kita melihat harga jualannya adalah berkali ganda berbanding Huawei Watch biasa.