Harga iPhone 7 Dan 7 Plus Menerima Pengurangan RM500 Di Malaysia
Artikel Berkaitan

Harga iPhone 7 Dan 7 Plus Menerima Pengurangan RM500 Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 26, 2017 oleh .

Peranti iPhone 7 dan 7 Plus bolehlah dikatakan tidak mampu milik. Tetapi bagi mereka yang mendambakan peranti utama Apple ini, harga jualannya menerima potongan RM500 untuk model-model tertentu menerusi laman Switch, Senheng, Harvey Norman dan Machines.

Penurunan ini dilakukan hanya di rangkaian kedai elektronik di atas. Harga jualan menerusi laman rasmi Apple Malaysia masih lagi mengekalkan harga asal. Sebagai contoh harga jualan iPhone 7 128 Gigabyte kini berkurangan ke RM 3199 berbanding RM 3699. Untuk model iPhone 7 Plus 127 Gigabyte pula ia kini RM 3699 berbanding RM 4199 sebelum ini. Ini bermakna harga jualannya sama dengan model asas dengan kapasiti 32 Gigabyte.


TIPS & ULASAN