Cari @ Amanz

Bapa segala peranti. Peranti yang agi idup agi ngelaban. Ini ialah yang sering didengari mengenai peranti Nokia 3310. Versi terkini peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi di MWC hari ini. Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Nokia 3310 2017 bukanlah sebuah peranti pintar. Sebaliknya ianya sebuah telefon mudah alih biasa. Oleh sebab itu ia mempunyai tahap ketahanan bateri luar biasa sehingga 30 hari dan masa bercakap sehingga 22 jam.

Nokia 3310

Dari segi rekaan ia masih mengekalkan rekaan klasik Nokia 3310 dengan sentuhan moden. Perubahan dilakukan dari segi saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna. Susunan butang masih lagi sama seperti dahulu dan permainan klasik Snake turut disertakan. Skrin 2.4″ berwarna dipadankan dengan storan 16 Megabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte. Sebuah kamera 2-Megapixel turut disertakan pada panel belakang. Empat pilihan warna diberikan iaitu merah, kuning, kelabu dan biru. Tidak seperti peranti moden, ia hanya menyokong rangkai 2G.

Nokia 3310

Nokia 3310

Tiada maklumat mengenai harga jualan dan bilakan ia akan dijual semula. Yang pasti legenda sudah kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd