Lenovo Memperkenalkan Moto G5 Dan G5 Plus – Spesifikasi Pertengahan, Binaan Logam
Aman
Lenovo hari ini bersempena dengan Mobile World Congress, telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah keluarga Moto, iaitu Moto G5 dan juga Moto G5 Plus.

Dengan keluarga Moto G, semestinya ramai sedia maklum yang mana ia menggunakan spesifikasi pertengahan untuknya.
Moto G5 hadir dengan skrin 5-inci, cip Snapdragon 430, memori antara 2GB RAM ke 4GB RAM, ruangan storan sehingga 32GB, dan dilengkapi bateri boleh dikeluarkan berkapasiti 2800mAh. Moto G5 menggunakan kamera 13-megapixel f/2.0 dibelakang dan kamera 5-megapixel dihadapan.
https://www.youtube.com/watch?v=ASpz0-PrQXs
Moto G5 Plus pula menggunakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, ruangan storan sehingga 32GB, dan dilengkapi bateri boleh dikeluarkan berkapasiti 3000mAh. Moto G5 Plus menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/1.7 dan kamera hadapan 5-megapixel.
https://www.youtube.com/watch?v=KRs9xfjXG8I
Kedua-duanya dilengkapi Android 7.0 Nougat, dan tidak menyertakan antaramuka khusus seperti telefon Lenovo lain. Kedua-duanya menggunakan rekaan berasaskan logam, memberikan pengalaman lebih premium berbanding sebelum ini. Pengimbas cap jari diletakkan dibelakang telefon pintar ini.
Lenovo dijangka memasarkannya bermula bulan Mac kelak di beberapa buah negara terpilih.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.