Cari @ Amanz

Peranti berbentuk modular merupakan salah satu perkara yang diminati ramai – membolehkan pengguna dengan mudah menambah sebarang aksesori atau ciri khusus pada telefon pintar mereka, tanpa perlu menggantikan telefon berkenaan secara sepenuhnya. Seperti ramai sedia maklum, Lenovo melalui Moto Z telah memperkenalkan sokongan modular Moto Mods, dan sejak daripada itu, pelbagai aksesori baru diperkenalkan dari hari ke hari.

Di acara pra-MWC, selain mengumumkan kehadiran peranti Moto G5 dan G5 Plus, Lenovo juga mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan beberapa aksesori Moto Mod yang baru untuk para pengguna peranti siri Moto Z.

 

Diantara aksesori-aksesori tersebut termasuklah Moto Power Pack dengan rekaan yang lebih nipis dan menarik, disamping memberikan peranti Moto Z anda 50 peratus lebih kuasa tambahan, empat LED untuk menunjukkan jumlah kapasiti, dan juga rekaan dengan warna-warna yang lebih menarik.

Wireless Charging Mod pula memberikan pengguna pilihan untuk mengecas peranti mereka secara tanpa wayar, manakala Turbo Charge Mod pula boleh mengecas peranti Moto Z anda dengan sangat pantas.

Jika anda ingin menjadikan peranti anda sebagai sebuah peranti permainan mudah alih, GamePad Mod adalah pilihan anda.

Dengan fokus pihak Lenovo terhadap arena Moto Mod yang semakin meluas ini, kita mungkin akan melihat kemaskini peranti Moto Z baru pada tahun ini dengan sokongan lebih kurang serupa – berbeza dengan LG yang menarik diri daripada arena modular selepas hanya setahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd