Rasmi : Galaxy S8 Akan Diperkenalkan Pada 29 Mac 2017

Rasmi : Galaxy S8 Akan Diperkenalkan Pada 29 Mac 2017

Diterbitkan pada Feb 27, 2017 oleh .

Samsung hari ini telah mengadakan acara khusus bersempena dengan Mobile World Congress, dimana mereka memperkenalkan beberapa tablet baru, termasuk kemaskini untuk Gear VR. Bersama-sama dengannya, pihak Samsung turut mengumumkan yang mana Samsung Galaxy Unpacked 2017 bakal diadakan pada 29 Mac 2017 kelak.

Samsung Unpacked

Desas-desus mengenai tarikh ini telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini pihak Samsung sendiri mengesahkannya.

Pelbagai info mengenai Galaxy S8 telah tertiris, dan semestinya ramai yang menantikan pengumuman rasmi Samsung dalam memperlihatkan pelbagai penawaran perisian dan juga spesifikasi daripada mereka.

Samsung akan melancarkannya di New York, dan seperti biasa, akan menyiarkan pelancaran peranti baru mereka ini melalui laman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN