Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy Tab S3 dan juga Galaxy Book, pihak Samsung turut mengambil kesempatan untuk memperlihatkan Gear VR terbaru mereka.

Seperti ramai sedia maklum, Gear VR merupakan sebuah set kepala yang ditawarkan oleh Samsung untuk digunakan bersama-sama telefon pintar untuk menikmati pengalaman realiti-maya. Gear VR baru yang diperkenalkan ini dioptimasikan untuk beroperasi bersama Galaxy S7, Galaxy S7 Edge, Galaxy Note 5, dan Galaxy S6.

Menariknya, kali ini Gear VR turut hadir dengan alat kawalan tangan bagi memberikan lebih pengalaman yang realistik.

Samsung Gear VR

Alat kawalan khusus ini hadir dengan sebuah touchpad, serta beberapa butang kawalan dalam memudahkan pengguna melakukan input dan berinteraksi dalam arena realiti-maya. Alat kawalan ini turut menyertakan sensor khusus seperti accelerometer dan gyrometer.

Supaya tidak hilang, Samsung turut mengatakan yang mana ia akan mempunyai tali khusus untuk memegang alat kawalan berkenaan apabila ia tidak digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd