Cari @ Amanz

Samsung kini dalam proses pengambil-alihan HARMAN, yang mana merupakan pemilik disebalik pelbagai jenama audio popular, termasuk AKG. Pada MWC 2017 hari ini, Samsung sedia memperkenalkan tablet Galaxy Tab S3 yang hadir diintegrasikan dengan empat speaker yang dioptimasikan oleh AKG.

Galaxy AKG

Kini, selain daripada hanya tablet berkenaan, Samsung akan memperluaskan integrasi audio berkenaan ke telefon pintar Samsung Galaxy. Samsung mengatakan telefon pintar Galaxy terpilih akan dioptimasikan audio-nya oleh AKG, selain turut disertakan sebuah fon telinga AKG ketika pembelian.

Pihak Samsung tidak menyatakan model mana yang akan hadir bersama teknologi audio AKG ini, tetapi seperti semua sedia maklum, kita mungkin akan dapat melihatnya pada Galaxy S8 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd