Cari @ Amanz

Teknologi dron semakin matang dan kini ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan riadah malahan digunakan di dalam sektor industri. Ia menggantikan manusia untuk melakukan penyelenggaraan dan juga pemeriksaan di loji minyak. Dron DJI Matrice 200 yang dilancarkan pagi tadi ialah dron yang direka khas untuk kegunaan industri.

Tiga model dihasilkan iaitu Matrice 200, Matrice 210 dan Matrice 210 RTK. Model Matrice 200 dilengkapi satu cagak kamera pada bahagian bawah. Matrice 210 pula dilengkapi dua cagak kamera bahagian bawah dan satu di bahagian atas. Akhir sekali Matrice 210 RTK adalah sama seperti Matrice 210 tetapi dengan sensor Real Time Kinematics untuk penerbangan yang lebih terperinci. Kesemua model mempunyai masa penerbangan maksimum selama 38 minit, jarak kawalan sehingga 7 Kilometer dan kalis air IP43. Tiada maklumat berkenaan harga diumumkan stetakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd