Cari @ Amanz

Penggunaan peranti realiti maya pada konsol meletus tahun lalu dengan pelancaran PlayStation VR. Peranti realiti maya ini membolehkan pemilik konsol turut menyelami dunia maya seperti “abang besar” mereka yang memiliki PC. Sony mensasarkan jualan sebanyak 1 Juta dalam masa enam bulan. Hari ini mereka mengumumkan sebanyak 915000 unit telah terjual dalam masa hanya empat bulan menerusi temubual bersama The New York Times.

PlayStation VR

Angka ini meletakkan PlayStation VR sebagai antara peranti realiti maya paling laku di pasaran sekarang. Sebagai perbandingan lebih 5 Juta Samsung Gear VR telah terjual setakat ini. Oculus Rift dan HTC Vive masing-masing dipercayai terjual sekitar 300000  dan 400000unit tetapi angka rasmi tidak pernah diumumkan oleh pengeluar. Dari angka jualan jelasnya di dalam peperangan peranti realiti maya, harga jualan memberikan peranan yang besar. Adakah anda memiliki peranti realiti maya di rumah?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd