Cari @ Amanz

Steve Jobs ialah tokoh yang setakat ini tiada galang gantinya di dalam industri peranti pintar. Di bawah kendalian beliau, Apple berjaya membina semula imej yang tercalar dan bertanggungjawab menghasilkan peranti pintar yang kini digunakan oleh setiap satu dari tujuh manusia di dunia. Jam tangan Seiko Chariot ialah antara jam yang dipopularkan oleh beliau.

Ia dipakai di dalam gambar muka hadapan majalah Time pada 1984. Jam tangan ini akan dijual semula dalam jumlah terhad 1982 unit dengan muka berwarna putih dan 300 unit lagi dengan muka berwarna hitam. Harga jualan ialah Yen 20000 (RM 792). Jam tangan Seiko Chariot milik Jobs dilelong Februari tahun lalu dan mencecah harga $42500 (~RM 188827).

Kesemua edisi khas Seiko Chariot ini akan hanya dijual di Jepun. Jadi sekiranya anda mahu mempunyai gaya seperti mendiang Jobs, anda perlu ke negara matahari terbit untuk membelinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd