HP Pro X2 Dilancarkan – Komputer Tablet Dengan Tetongkat Terbina
HP

HP Pro X2 Dilancarkan – Komputer Tablet Dengan Tetongkat Terbina

Diterbitkan pada Feb 27, 2017 oleh .

Selalunya di MWC hanya peranti pintar mudah alih dilancarkan. Tetapi pihak HP merasakan tiada masalah untuk melancarkan sebuah komputer tablet di acara tahun ini. HP Pro X2 dilancarkan hari ini dan ianya sebuah komputer tablet dengan tetongkat terbina.

Dari segi spesifikasi HP Pro X2 dilengkapi skrin 12″ LED WUXGA+, pilihan pemproses Intel Pentium 4410Y/M3/i5/i7. RAM sebesar 8 Gigabyte LPDDR3 dan storan sehingga 512 Gigabyte SSD. Kamera sebesar 8-Megapixel pada bahagian belakang dipadankan dengan kamera 5-Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri sebesar 41 Wh disertakan dengan sistem pengecasan USB-C. Tablet ini dilengkapi sistem operasi Windows 10 Home/Pro 64-Bit.

Tablet ini menyokong beberapa aksesori seperti papan kekunci fizikal magnetik serta stylus HP Active. Selain daripada itu ia turut melepasi ujian tahan lasak mengikut piawaian MIL-STD-810G. HP Pro X2 sudah mula dijual pada harga bermula $979 (~RN 4350).


TIPS & ULASAN