Cari @ Amanz

Hari ini tiba giliran Alcatel pula melancarkan empat peranti baru mereka sempena MWC. Peranti yang diperlihatkan hari ini ialah Alcatel A5 LED, U5, A3 dan tablet Plus 12. Kita mulakan dengan peranti unik Alcatel A5 LED.

Peranti dengan skrin 5.2″ HD, pemproses 1.5 GHz MediaTek MT6753, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama 8-Megapixel dipadankan dengan kamera selfie 5-Megapixel. Bateri 2800 mAh disertakan sebagai sumber kuasa bagi peranti Android Marshmallow ini. Keunikan peranti ini ialah panel belakang yang dilengkapi lampu LED yang boleh diprogramkan menurut kehendak pengguna. Harga jualannya ialah $299 (~RM 1327).

Alcatel U5 pula ialah peranti dengan skrin 5″ 480P, diperkasakan pemproses 1.1 GHz MediaTek MT6737M, RAM sebesar 1 Gigabyte dan storan 8 Gigabyte. Kamera utama pula sebesar 5-Megapixel dengan kamera hadapan 2-Megapixel. Peranti Android Marshmallow ini dilengkapi bateri sebesar 2050mAh. Harga jualan Alcatel U5 ialah $150 (~RM 666).

Alcatel A3 meneruskan trend peranti kelas permulaan dengan skrin 5″ HD, pemproses 1.25 GHz MT6737, RAM sebear 1.5 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama 13-Megapixel dipadankan dengan kamera selfie 5-Megapixel. Bateri 2450 mAh memperkasakan peranti Android Marshmallow ini. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang. Harga jualan peranti ini ialah $199 (~RM 833) sebuah.

Akhir sekali ialah tablet hibrid 2 dalam 1 Alcatel Plus 12 yang dilengkapi skrin 11.6″ HD penuh, pemproses Intel Celeron N3350, RAM sebesar 4 Gigabyte dan stroan 64 Gigabyte. Terdapat kamera sebesar 5-Megapixel pada bahagian tablet yang menggunakan sistem operasi Windows 10 ini. Bateri sebesar 6900 mAh membekalkan kuasa.

Papan kekunci yang disertakan dilengkapi pemproses Qualcomm MDM9207, RAM sebesar 128 Megabyte dan storan 256 Megabyte. Bateri 2580 mAh yang terbina membolehkan papan kekunci ini menjadi hotspot WiFi untuk 15 peranti. Akhir sekali papan kekunci ini membawakan satu port USB-A. Harga jualan tablet ini ialah $649 (~RM 2882).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd