Sony Xperia Touch Diumumkan – Projektor Pintar Dengan Teknologi Sesentuh

Sony Xperia Touch Diumumkan – Projektor Pintar Dengan Teknologi Sesentuh

Diterbitkan pada Feb 27, 2017 oleh .

Sebelum ini, Sony memperkenalkan sebuah projektor yang membolehkan anda menukarkan sebarang permukaan seperti meja dan lantai menjadi sebuah skrin sesentuh. Hari ini di MWC, syarikat teknologi Jepun ini memperlihatkan projektor tersebut dengan nama baru, iaitu Sony Xperia Touch.

Sony Xperia Touch terdiri daripada gabungan beberapa peranti, termasuklah pembesar suara, tablet maya  Android dan juga projektor yang boleh dipancarkan ke atas pelbagai jenis permukaan, termasuklah meja kayu, lantai marmar, dan juga dinding konkrit.

Apa yang menarik mengenai projektor Xperia Touch ini ialah, ia bukan sebarangan projektor. Pengguna-pengguna mampu berinteraksi dengan imej yang dilontar seperti sebuah skrin sesentuh secara berseorangan atau beramai ramai. Saiz maksimum imej yang dilontar ialah 23″ dengan resolusi 1366×768 pixel.

Projector pintar Android Nougat ini turut dilengkapi RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan sebesar 32 Gigabyte. Sebuah kamera 13-Megapixel disertakan bagi membolehkan pengguna melakukan panggilan video menerusi Skype. Bagi pemilik PlayStation 4, Xperia Touch menyokong sistem Remote Play.

Menurut jurucakap Sony, peranti Xperia Touch ini bakal hadir di pasaran Eropah terlebih dahulu dengan harga Euro 1500 (~RM7050) selepas pertengahan tahun ini. Walaubagaimanapun pra-tempahan telah dibuka hari ini.Sony berkemungkinan akan membuka tempahan untuk pasaran-pasaran lain tetapi ia masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN