Peranti-peranti pintar Sony selalu sangat popular di kalangan pengguna kerana kameranya yang sangat laju, tajam dan jelas. Di acara pengumumannya di Mobile World Congress, mereka baru sahaja memperkenalkan teknologi kamera mereka yang terbaru, iaitu Motion Eye.
Motion Eye menggunakan teknologi Memory Stacked Sensor yang baru, di mana sensor-sensor ditindih, membolehkan pengguna bukan sahaja menangkap gambar yang sangat cantik, tetapi juga dngan sangat laju.
Sensor ini juga mempunyai ciri Predictive Capture yang membenarkan peranti untuk mengambil gambar untuk pengguna, berdasarkan pergerakkan subjek.
Bukan itu sahaja, sensor Motion Eye ini juga berkebolehan untuk merekod video slow motion, dan ciri ini dinamakan Super Slow Motion, di mana kamera tersebut akan merekod gambar sebanyak 960 frame sesaat, dan rakaman slow motion ini merupakan rakaman yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan peranti yang mempunyai kemampuan yang sama.
Buat masa sekarang, teknologi Motion Eye ini diperlihatkan pada peranti premium terbaru Sony, iaitu Xperia XZ Premium.