Lenovo Memperkenalkan Miix 320 – Komputer Hibrid Windows 10 Pada Kos Rendah

Lenovo Memperkenalkan Miix 320 – Komputer Hibrid Windows 10 Pada Kos Rendah

Diterbitkan pada Feb 27, 2017 oleh .

Lenovo mempunyai beberapa peranti pada harga rendah, dan terkini pada Mobile World Congress, Lenovo telah memperkenalkan sebuah komputer Windows dua-dalam-satu dinamakan sebagai Miix 320.

Ia membawakan rekaan seumpama Surface, dimana pengguna boleh tanggalkan Miix 320 daripada papan kekunci dan menggunakan ia sebagai tablet, atau sambungkan ia dan gunakan sebagai komputer riba.

Lenovo Miix 320

Miix 320 menggunakan skrin bersaiz 10.1-inci, dijana menggunakan cip Intel Atom x5, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 128GB.

Seperti biasa, ia menawarkan spesifikasi rendah, dan menawarkan tanda harga $199 ~(RM883). Pada harganya, ia mungkin menjadi pengganti kepada pelbagai peranti dan tablet Android – sekaligus membolehkan pengguna melakukan lebih tugasan melaluinya.


TIPS & ULASAN