Energizer Melancarkan Dua Peranti Tahan Lasak E550LTE Dan E520LTE

Energizer Melancarkan Dua Peranti Tahan Lasak E550LTE Dan E520LTE

Diterbitkan pada Feb 27, 2017 oleh .

Jenama Energizer lebih sinonim dengan bateri. Tetapi mereka telahpun memasuki arena penghasilan peranti pintar sejak 2015. Di MWC tahun ini, mereka melancarkan dua lagi peranti tahan lasak serta kalis air Energizer E550LTE dan E520LTE.

Energizer E550LTE dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses 2 GHz MediaTek MTK6755, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Sistem dwi-kamera 13+8 Megapixel digunakan pada panel belakang dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Bateri bersaiz besar 4000 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Sebuah pengimbas cap jari juga disertakan pada panel belakang. Energizer E550LTE akan dijual di musim panas pada harga Euro 449 (~RM 2109).

Energizer E520LTE dilengkapi skrin 5.2″ HD , pemproses MediaTek MTK 6735, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama 13 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri bersaiz besar 4000 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Seperti E550LTE, sebuah pengimbas cap jari juga disertakan pada panel belakang. Energizer E520LTE akan dijual pada Mei hadapan dengan harga Euro 299 (~RM 1405)


TIPS & ULASAN