ZTE Blade V8 Mini Dan Blade V8 Lite Dilancarkan
ZTE

ZTE Blade V8 Mini Dan Blade V8 Lite Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 27, 2017 oleh .

Januari lalu peranti ZTE Blade V8 Pro dilancarkan. ZTE melancarkan dua lagi peranti di dalam keluarga Blade V8 di MWC hari ini iaitu ZTE Blade V8 Mini dan Blade V8 Lite.

ZTE Blade V8 Mini dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Sistem dwi-kamera utama 13+2 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 2800 mAh memperkasakan peranti. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada peranti yang menggunakan Android Nougat. Tiada maklumat mengenai harga jualan setakat ini.

ZTE Blade V8 Lite pula dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses MediaTek MTK6750, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Sistem dwi-kamera utama 8-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 2500 mAh memperkasakan peranti. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada peranti yang menggunakan Android Nougat. Seperti V8 Mini, tiada maklumat mengenai harga jualan V8 Lite setakat ini.


TIPS & ULASAN