Permainan Middle-Earth : Shadow of War Diumumkan
Artikel Berkaitan

Permainan Middle-Earth : Shadow of War Diumumkan

Diterbitkan pada Feb 27, 2017 oleh .

Middle-Earth : Shadow or Mordor ialah permainan yang muncul secara tiba-tiba dan mengejutkan dunia permainan komputer. Sistem Nemesis yang diperkenalkan membolehkan setiap musuh yang ditemui meningkatkan tahap kekuatan setiap kali mereka berjaya membunuh watak yang dikawal pemain.

Kini sambungan kepada permainan ini diumumkan dengan trailer terbaru. Sambungan ini akan dikenali sebagai Middle-Earth : Shadow or War dan dibangunkan oleh studio yang sama yang menghasilkan Shadow of Mordor. Ia bakal dilancarkan 22 Ogos hadapan pada PlayStation 4, Xbox One dan PC.  Kami menantikan kemunculannya kerana sistem Nemesis tidak ditiru oleh pembangun lain dan menjadikannya unik kepada siri Middle-Earth.


TIPS & ULASAN