Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengenalan telefon pintar baru Sony pada hari ini, kini pihak Sony Mobile Malaysia mengesahkan yang mana dua daripada empat peranti yang diperkenalkan, bakal ke pasaran Malaysia seawal bulan April 2017 ini.

Dua peranti yang bakal hadir terlebih dahulu adalah Xperia XZs dan juga Xperia XA1.

Sony Xperia XZ

Xperia XZs merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada Sony dan memfokuskan kepada keupayaan Motion Eye. Melaluinya, ia membolehkan rakaman video gerak-perlahan pada kadar 960fps – yang tertinggi dalam industri pada hari ini.

Xperia XA1 pula membawa kemaskini kepada keluarga siri XA yang diperkenalkan pada tahun lepas, dimana ia hadir dengan rekaan bingkai tepi yang nipis dan kini menyertakan sokongan kamera lebih baik.

Harga jualan untuk kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui lagi. Sony juga mengatakan mereka akan mengesahkan mengenai penawaran peranti lain pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd