Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan aplikasi video khusus untuk televisyen, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkongsian kandungan video di Facebook terus pada kaca televisyen.

Lanjutan daripadanya, hari ini Samsung mengumumkan yang mana aplikasi video Facebook berkenaan boleh dimuat-turun oleh semua Samsung Smart TV bermula hari ini – termasuk Samsung QLED TV 2017, selain model Smart TV 2015, 2016, dan 2017.

Buat permulaan ini, hanya pengguna televisyen Samsung sahaja akan menikmati aplikasi video Facebook ini – dan ia mungkin akan ke platform lain tidak lama lagi.

Seperti biasa, melaluinya pengguna boleh melihat video daripada rakan-rakan, Facebook Pages, video siaran langsung dari seluruh dunia, dan juga video-video yang dicadangkan kepada anda berdasarkan minat.

Bagi anda yang menggunakan Samsung Smart TV, boleh menyemak televisyen anda dan muat-turun serta menggunakan aplikasi Facebook Video hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd