Cari @ Amanz

Mozilla hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan pengambil-alihan salah satu aplikasi popular, iaitu Pocket. Pengambil-alihan ini adalah yang pertama untuk Mozilla, dan Pocket akan terus beroperasi dibawah subsidiari dan syariakt sedia ada seperti biasa.

Bagi yang tidak mengenali akan Pocket, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk menyimpan kandungan web seperti artikel dan video – seterusnya menonton ia pada kemudian masa.

Firefox Pocket

Pocket agak terkenal dalam arena peranti mudah-alih, selain turut ditawarkan sebagai pemalam pada pelayar web. Pocket turut hadir pada Firefox sejak 2015 yang lepas.

Pengambil-alihan Pocket ini akan memberikan Mozilla kelebihan daripada angka pengguna aktif, disamping membolehkan mereka memperluaskan pendapatan melalui pengiklanan.

Harga jualan untuk Pocket ini tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd