Valve sebelum ini telah memperkenalkan platform SteamVR, dan untuk pertama kali, mereka telah bekerjasama dengan pihak HTC untuk hadir dengan set realiti-maya dipanggil HTC Vive. Kini, selepas HTC, pihak Valve diperkatakan bakal bekerjasama dengan LG.
Seperti biasa, melalui kerjasama ini, kita akan melihat LG hadir dengan set realiti-maya yang menggunakan teknologi SteamVR, dan boleh menjalankan kandungan dan permainan yang dioptimasikan untuk platform berkenaan.
LG diperkatakan bakal memperlihatkan set realiti-maya SteamVR mereka seawal minggu ini, bersempena dengan GDC. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.