Cari @ Amanz

Siapa yang tidak kenal Cradle dengan usaha mereka dalam melestarikan pertumbuhan startup tempatan. Banyak startup tempatan yang telahpun berkembang perniagaannya berkat program seperti Innofund, CIP Catalyst dan pelbagai lagi. Untuk tahun ini, mereka telah mengumumkan program terbaru mereka iaitu DEQ800.

DEQ 800 merupakan singkatan kepada Direct Equity 800, yang turut bermaksud pelaburan secara terus dari Cradle. Menerusinya, startup tempatan yang berminat akan menerima suntikan pelaburan awal diantara RM 300,000 sehingga RM 800,000. Cradle turut akan memegang pegangan saham startup tersebut bergantung kepada nilai mereka.

Antara industri yang menjadi fokus untuk pelaburan ini termasuklah sektor perlancongan, perkhidmatan perbankan, elektrik dan elektronik, kesihatan, teknologi pendidikan dan pelbagai lagi. Malah sektor teknologi dan bukan teknologi turut dirangkum mereka.

Sekiranya anda mencari dana untuk startup anda, layari laman web Cradle dan hubungi mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd