Cari @ Amanz

Samsung Memperlihatkan S-Pen Dengan Rekaan Seumpama Pensel 2B

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung merupakan antara yang terawal memperkenalkan sokongan stylus kepada telefon pintar kembali selepas era Palm dan sebagainya melalui S-Pen. Ia pada awalnya hanya memfokuskan peranti Galaxy Note, tetapi diperluaskan kepada tablet.

Terkini, pada Mobile World Congress yang diadakan pada minggu ini, Samsung mengambil peluang bukan sahaja memperkenalkan tablet dengan sokongan S-Pen, tetapi turut mengumumkan kerjasama dengan Staedtler untuk hadir dengan sebuah S-Pen yang direkabentuk seumpama pensel 2B popular.

Samsung S-Pen Staedtler

Samsung S-Pen Staedtler

Samsung S-Pen Staedtler

Melalui rekaan ini, ia memberikan pengalaman klasik dan mengembalikan nostalgia pengguna dalam menggunakannya ketika membuat lakaran atau menulis. Apatah lagi, ramai yang menggunakannya ketika sekolah rendah dan menengah – dalam menjawab peperiksaan, melukis, dan sebagainya. Seperti pelbagai S-Pen, ia menyokong peranti Samsung dengan sokongan S-Pen – iaitu berasaskan kepada input Wacom.

Pihak Samsung tidak mengumumkan sebarang tarikh jualan dan harga untuknya. Namun, satu yang pasti adalah sekiranya anda membelinya, maka anda perlu menjaganya dengan rapi supaya tidak kehilangan ia.


Komen ()