Samsung Memperlihatkan SSD Powerpack – Power Bank Dan Storan Berasaskan SSD Dalam Satu Peranti

Samsung Memperlihatkan SSD Powerpack – Power Bank Dan Storan Berasaskan SSD Dalam Satu Peranti

Diterbitkan pada Feb 28, 2017 oleh .

Selain hanya memperlihatkan beberapa produk baru, Samsung juga mempertontonkan sejumlah aksesori baru untuk peranti mudah-alih pada Mobile World Congress 2017. Dan salah satu perkara yang mencuri perhatian kami adalah SSD PowerPack.

Info mengenai SSD PowerPack ini adalah sangat terhad, malah wakil Samsung di reruai sendiri tidak dapat menjawab mengenainya.

SSD Powerpack

Daripada gambaran yang diberikan melalui paparan produk berkenaan, ia dilihat pengguna boleh memindahkan data untuk membuat salinan pendua pada SSD PowerPack, dan pada masa yang sama membolehkan ia digunakan untuk mengecas peranti.

Bagaimanakah ia akan berfungsi masih menjadi tanda tanya – seperti adakah perlukan pindahan melalui aplikasi khusus atau ia akan memindahkan dokumen secara automatik apabila pengguna cucuk ia untuk mengecas peranti mudah-alih.

SSD PowerPack ini dilihat menawarkan ruangan storan berasaskan SSD sebesar 500GB, dan juga kuasa bateri 5600mAh.


TIPS & ULASAN