Handle – Robot Beroda Mampu Melompat Boston Dyamics Diumumkan Secara Rasmi
Artikel Berkaitan

Handle – Robot Beroda Mampu Melompat Boston Dyamics Diumumkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Feb 28, 2017 oleh .

Ketakutan manusia di dunia sekarang ialah masa depan seperti The Terminator dan The Matrix menjadi kenyataan. Kepintaran buatan yang dibangunkan menyebabkan robot menjadikan manusia hamba di muka bumi. Ini semua masih lagi fiksyen sains tetapi robot yang mempunyai kemampuan seperti manusia ialah realiti.

Handle ialah robot terkini yang dihasilkan oleh Boston Dynamics diumumkan secara rasmi selepas tertiris bulan lalu.. Robot bipedal beroda setinggi 2 meter ini bukan sahaja mampu berdiri tetapi boleh melompat seperti manusia. Ia boleh bergerak pada kelajuan 14 Kilometer sejam dan melompat merentasi halangan setinggi 1.4 Meter. Bateri yang disertakan memberikan jarak operasi sehingga 24 Kilometer.

Handle juga boleh mengangkat beban sehingga 14 Kilogram. Ini menjadikannya robot yang berpotensi di dalam industri perkilangan sekaligus melupuskan kerja untuk manusia di masa hadapan. Bagi peminat Metal Gear Solid 4 Guns Of The Patriot, Handle mempunyai persamaan dengan robot Metal Gear Mk II.


TIPS & ULASAN