Cari @ Amanz

Set kotak-televisyen Xiaomi Mi Box diumumkan untuk pasaran global pada Mei tahun ini. Bagi pengguna Malaysia, penantian untuk set televisyen Android TV ini akan berakhir Jumaat ini. Xiaomi Malaysia mengumumkan penjualannya pada harga RM 349 sebuah.

Xiaomi Mi Box ini hadir dengan sokongan memainkan video pada resolusi 4K dan HDR10. Seperti biasa, ia hadir dengan cip pemprosesan empat-teras dan memori sehingga 2GB RAM. Dengan akses kepada Android TV, pengguna boleh mendapatkan pelbagai kandungan daripada Google Play Movies – salah satu perkhidmatan yang sedia dilancarkan di Malaysia.

Xiaomi turut menyediakan alat kawalan yang boleh dikawal menggunakan arahan suara, selain Mi Box ini turut selari dengan Mi Game Controller. Tetapi, alat kawalan Mi Game Controleer ini perlu dibeli secara berasingan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd