Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan yang dibangunkan oleh mereka tersendiri, sekaligus membolehkan mereka lebih mengoptimasikan sesuatu perkakasan dengan perisian untuk prestasi lebih optimum.

Xiaomi Surge S1

Untuk makluman, hanya beberapa pengeluar sahaja melakukan perkara ini, termasuk Apple dengan cip siri-A, Huawei dengan Kirin, dan Samsung dengan Exynos. Kini, Xiaomi hadir dengan cip pemprosesan tersendiri mereka, dan cip yang pertama dikenali dengan nama Surge S1.

Xiaomi Surge S1

Surge S1 merupakan cip pemprosesan 64-bit yang mampu beroperasi pada kadar 2.2Ghz. Ia menggunakan gabungan empat teras A53 pada 2.2Ghz, dan empat teras A53 pada kelajuan 1.4GHz.

Ia turut dilengkapi sokongan GPU Mali-T860 untuk grafik dan turut menyokong piawaian Vulkan. Cip pemprosesan ini menggunakan rekaan berasaskan 28-nm, dan mungkin menyasarkan peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan. Integrasi sokongan lain seperti VoLTE dan sebagainya turut hadir.

Dari perbandingan, Xiaomi meletakkan ia pada tahap Snapdragon 625, dimana ia menawarkan skor yang lebih tinggi berbanding dengannya dari segi CPU mahupun GPU.

surge-s1_05

surge-s1_05

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd