Cari @ Amanz

Selain Xiaomi Mi 5c, peranti Xiaomi Redmi 4X turut dilancarkan hari ini. Peranti kelas permulaan ini dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 2/3 Gigabyte dan storan 16/32 Gigabyte.

Kamera utama peranti ini sebesar 12-Megapixel f/2.o dengan sistem pemfokusan PDAF dan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.2. Rakaman video tertinggi yang boleh dilakukan ialah pada resolusi 1080P. Bateri sebesar 4100 mAh disertakan dengan kemampuan bertahan sehingga 18 hari menurut Xiaomi. Tidak seperti kebanyakan peranti yang dilancarkan tahun ini, Redmi 4X masih mengekalkan port pengecasan MikroUSB.

Pengimbas cap jari berbentuk bulat diletakkan pada panel belakang dan terdapat juga pemancar infra merah pada bahagian atas peranti. Tiga pilihan warna diberikan iaitu Matte Black, Champagne Gold dan Cherry Powder. Harga jualan untuk model 2GB/16 GB ialah RMB 699 (~RM 452) manakala model 3GB/32GB pula ialah RMB 899 (~RM 582).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd