Meizu Memperlihatkan Sokongan Pengecasan Pantas 55W – Mengecas Peranti Penuh Dalam 20 Minit

Meizu Memperlihatkan Sokongan Pengecasan Pantas 55W – Mengecas Peranti Penuh Dalam 20 Minit

Diterbitkan pada Feb 28, 2017 oleh .

Dengan persaingan sengit dalam arena telefon pintar, salah satu perkara yang turut menjadi perbandingan antara pengeluar peranti adalah masa pengecasan untuk telefon pintar mereka. Kini, selain Oppo, Qualcomm, Huawei dan lain-lain, pihak Meizu turut menghadirkan diri ke MWC, dan mempertontonkan teknologi Super mCharge mereka.

Melalui apa yang dipertontonkan oleh Meizu, mereka mampu mengecas telefon pintar dengan bateri 3000mAh dalam masa hanya 20 minit.

Untuk menjayakan perkara ini, Meizu menggunakan kabel yang diubah-suai khusus, dan menawarkan tenaga pengecasan sehingga 55W. Menurut Meizu, kabel yang direkabentuk semula ini mampu membaw tenaga sehingga 160W melaluinya.

Peranti juga tidak menjadi panas ketika pengecasan, dan Meizu mengatakan penyelesaian mereka ini selamat untuk digunakan.

Meizu masih tidak memperkenalkan sokongan bateri ini pada sebarang peranti lagi, dan ia mungkin ia akan hadir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN